Boleh ajar saya menulis?
DIA MENGHUBUNGI saya kerana di FB itu saya menulis begini...
Antara perkara yg sy suka semasa menaiki kpl terbang pd waktu mlm ialah menengok bintang & planet dari cermin tingkap. Hampir 50 negara sy prgi & hasilnya sy telah dpt melihat bentuk planet2 yg ada dlm sistem solar kita ini.
Utk pengetahuan anda, pendapat SS tntg bumi ini rata mmg betul. Ya, mmg BUMI INI RATA! Saya ulangi, mmg planet bumi ini berbentuk bulat leper dan rata, seperti LEMPENG.Tolong jgn kecam SS.
Nah.. kalau bumi bulat leper seperti lempeng, bgmana pula dgn planet2 lain? Leper juga kah?
Jwpnnya, TIDAK!
Dari cermin tingkap kpl trbang sy telah melihat dgn jelas, Planet Marikh sbnrnya berbentuk segi tiga, Uranus berbentuk rombus, Zuhal berbentuk hexagon manakala neptune berbentuk semi circle dan Pluto, rectangle. Paling cantik ialah Planet Mercury yg brbentuk love... sbb itu ia sentiasa panas & mmbara.. sbb dekat sgt dgn matahari yg brbentuk bintang.
----------------------------------------------
Dia ketawa membaca posting saya itu. Lucu sangat, katanya. Dia juga mahu menulis gaya sinikal dan sindiran seperti itu, tetapi tidak pandai. Katanya, tulisannya lurus. Kalau nak hetam, terus hentam. Ajar lah dia menulis. Boleh?
Hahaha... saya ketawa. Boleh, tidak ada masalah. Lalu saya pun ajarkannya cara-cara menulis gaya sinikal, sindiran dan satira. Tentang lapisan-lapisan pemikiran dan sasaran tulisan, serta ruang kosong di antara lapisan-lapisan tadi. Kata saya, ruang kosong itulah punchlinenya.
Setelah itu saya hantar satu posting di FB yang hampir menepati konsep sinikal/sindiran ini, dan dia menekanya. Hahaha... hampir tepat!
Terima kasih tuan kerana ajar saya.
Hahaha... sama-sama.
Saya pun sebenarnya gembira kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan dia. Menulis ini satu seni. Kata saya, mengkritik juga ada seninya. Ada orang suka mengkritik secara terus. Tidak ada kesian-kesian, tidak ada kias-kias. BANG!
Tapi saya tidak. Saya lebih suka secara satira dan sinikal. Bagi saya, ia lebih berseni dan indah. Kritikan secara sinikal sebenarnya lebih pedih bisanya berbanding tembak dengan senapang gajah. Sebab, kalau kena peluru senapang gajah, mati terus. Hancur berkecai jasadnya. Tapi sinikal ini makan dalam, ia menyebabkan sasaran kita menggelepur, sakit ke hulu hati. Nampak macam hantar bola gantung, tapi sebenarnya smash! Pelepuk, kena tengah dahi. Lepas itu mati beragan. Hahaha...
Pun begitu, ia hanya teknik, tujuannya untuk menghibur. Itulah seni dalam tulisan, kita kena jadikannya indah dan pelbagai. Tulisan juga seperti filem. Subjeknya sama, tapi bagaimana cara kita mengolahnya menggunakan teknik-teknik tertentu.
Sahabat... lebih 25 tahun dalam bidang penulisan, kewartawanan dan penerbitan, banyak genre yang saya tulis. Memoir, satira, seram, provokatif, lucu... semua saya minat. Paling saya suka, memoir dan satira. Seronok rasanya apabila dapat bercerita dan menghibur pembaca. Tapi setiap tulisan itu ada asas dan teknik tertentu.
Nak belajar cara menulisnya?
---------------------------

Comments
Post a Comment