KUIH MENANGIS...
SUATU petang
lebih kurang 15 tahun yang lalu, saya turun ke kantin ofis kami di Taman
Shamelin Perkasa. Selepas mengambil kuih, saya pergi ke meja tempat kawan-kawan
berkumpul. Tiba-tiba saya tengok mereka semua ketawa. Kemudian seorang daripadanya,
yang saya panggil Abang Latip iaitu Ketua Pembaca Pruf, berkata.. "Haa..
kan aku dah cakap. Dia mesti ambik punya." Lepas itu makin kuat mereka
ketawa.
Sy tanya,
kenapa? Lalu Abang Latip pun menjawab, "Aku beritau diorg ni, kau mesti
ambil kuih menangis."
Kuih menangis?
Saya tak faham.
"Tu
kuih bakar. Tu lah kuih menangis kau... hahaha."
Kuih bakar?
Ooo.. baru saya faham & saya pun ketawa sama. Lalu saya ceritakan kepada
kawan-kawan... saya beli kuih bakar sebab ia sentiasa mengingatkan saya kepada
emak di kampung. Sejak saya kecil emak memasak kuih itu untuk dijual. Gunakan
dapur kayu & letak sabut dan tempurung di atas bekas acuannya.
Siap saja
kuih bakar, saya akan minta emak potongkan sedikit untuk saya makan panas-panas.
Setiap hari, tanpa jemu. Paling best yang ada kerak… keras & garing. Peerghhh.
Rasa nikmat sangat. Bagi saya itulah kuih bakar yang paling enak dalam dunia.
Ia suatu
kenangan yang sangat manis yang tak mungkin saya lupakan. Di dalamnya ada kasih
sayang antara saya kepada emak, & emak kepada saya. Sebab itu setiap kali
nampak kuih bakar, saya akan beli… walaupun ketika itu perut saya sudah kenyang
& kuih itu tidak seenak masakan emak. Sambil menikmatinya ingatan saya akan
berputar kepada kenangan zaman kanak-kakak, juga kepada emak yang sangat saya
sayangi... yang semakin tua & lemah.
Hahahaa..
tiba-tiba kawan-kawan saya ketawa lagi.
Sy tanya,
kenapa?
"Tu air
mata kau menitik..." kata mereka.
Alamak...
adoiyai... tak sedar smbil bercerita pun saya menangis.. 😂😂😭😭
Uiiclickjeterusdpt kuih...mengangispulaktu😂😂
ReplyDeletehahahahahaaamemangmenangisteringatemak
ReplyDeleteAnakmakkatakan😂😂
ReplyDelete