VSS




Saya mula bekerja di Utusan pd 2 Februari 1994 & menjadi Pen. Pengarang Mastika mulai pertengahan Julai 1996. Ketika itu gambar2 semua diprint. Sekitar awal tahun 2000 beralih kpd slaid & sekitar 2010 beralih pula kpd kamera digital.

Apabila sy mengambil VSS dan meninggalkan Utusan mulai 1 Disember, sy turut membawa pulang ratusan keping gambar yang pernah diambil sepanjang bekerja dgn Mastika. Bukan semua, tp sebahagian sj.

Semasa membelek2 gambar ini di rumah, hati terasa sayu mengenangkan begitu panjang pengalaman sy bersama majalah ini. Bagaikan baru semalam sy dipindahkan ke mastika, bagaikan masih terasa lagi penat & mencabarnya membuat tugasan di seluruh negara & bagaikan terasa semula manisnya detik apabila majalah ini berjaya kami naikkan daripada hanya belasan ribu sahaja pd pertengahan 1996 kepada 320,000 naskhah pd awal 2000.

Melihat kembali gambar ini bagaikan mmbawa saya kembali kepada saat-saat indah itu. Setiap keping gambar mmbawa cerita tersendiri, yg dapat sy ingati sampai sekarang. Aduhai... semua itu takkan kembali lagi.

Tapi masa untuk berundur datang juga. Pun begitu gambar2 yg sudah berusia lebih 20 tahun ini tidak akan saya buang. Saya akan simpan sebagai kenangan yg paling indah dalam hidup sy sebagai bekas wartawan & Pengarang Mastika.

Insha Allah, nanti sy akan ceritakan kisah di sebalik gambar2 itu.. utk anda pembaca yg sekian lama menyokong kami. -- Zulkarnain Zakaria




Comments

Popular posts from this blog

Intro

KUIH MENANGIS...

Semoga sejahtera di sana, sahabatku Dee