Profile


ZULKARNAIN ZAKARIA



Penulis sepenuh masa / Penullis upahan /Ghostwriter
Penulis portal politik BEBASnews.my
Ketua Redaksi Facebook X-Mastika

Genre – Biografi, Pelancongan, Memoir, Sinikal/sarkastik, Misteri, Berita, Rencana

           

KERJAYA                      : 25 tahun dalam bidang kewartawanan, penulisan & penerbitan

MAJIKAN TERDAHULU: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Utusan Karya Sdn. Bhd.

TARIKH LAHIR             : 13 April 1969

KELULUSAN                 : Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM (1993)



REKOD KERJAYA:

1. 2 Februari 1994 – Meja Am, akhbar Utusan Malaysia
* Pemenang Anugerah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia – Petronas    
   1994 bagi kategori Akhbar Bahasa Melayu, melalui laporan khas tentang Felda.
·       Mendedahkan aktiviti kumpulan Anti hadis dan syiah
·       Membuat liputan berita Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

2. Julai 1996 – 31 Disember 2004 : Penolong Pengarang majalah Mastika
* Menukar konsep penulisan dalam Mastika daripada reporting kepada naratif, yang
   kemudian menjadi identiti majalah berkenaan dan diikuti oleh majalah-majalah lain.
* Menulis kisah mayat dalam Mastika Oktober 1996 yang kesannya meningkatkan jualan  
   dan mencetuskan fenomena.
            * Menulis kisah dari Mekah yang sekali lagi menaikkan jualan Mastika dan menjadi
                 fenomena.
            * Menulis cerita-cerita misteri, memoir, tragedi, jenaka dan sebagainya.
            * Bersama-sama redaksi Mastika menaikkan majalah ini dari belasan ribu naskhah
                sebulan pada September 1996 kepada 320,000 naskhah sebulan pada Januari 2000.

3. 1 Januari 2005 – 31 September 2009 : Pengarang Mastika
            *  Mengubah kandungan dan gaya penceritaan Mastika dengan penambahan elemen isu
                 semasa.
            * Kupasan gejala Black Metal menyebabkan ia dibahaskan diParlimen dan akhirnya
               muzik itu diharamkan. Penyiasatan Mastika ini membolehkannya menerima anugerah
               khas daripada Instutut Akhbar Malaysia dalam Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI
               – Petronas 2006.
            * Menaikkan jualan Mastika daripada 138,000 pada Disember 2004 kepada 280,000
                naskhah pada Januari 2006.

4. 2008 – 2018 : Pengarang Kanan, Unit Majalah Umum dan Unit Buku
·       Mengasaskan penerbitan majalah Infiniti.
·       Mengsaskan penerbitan majalah Iman
·       Merombak kandungan majalah Al-Islam hingga membolehkan jualannya meningkat daripada 6,000 naskhah sebulan pada Mac 2009 kepada 32,000 naskhah pada keluaran Disember 2009.
·       Menyelia penerbitan majalah Mastika, Infiniti, Al Islam dan Iman.
·       Menerbitkan buku-buku pelbagai genre. Lebih 60 tajuk buku diterbitkan dalam tempoh 11 tahun itu.

5. Penulisan pelancongan
            * Telah melawat hampir 50 buah negara.
* Menulis artikel-artikel pelancongan dan mengambil gambar  di tempat-tempat
   menarik di negara-negara berkenaan.



6. Rencana serius -- Menulis di BEBASnews.my, akhbar Utusan Malaysia, majalah Dakwah (terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM) dan portal berita dunia Islam, Ummatan Wassatan.

7. Cerpen dan puisi – Beberapa buah karya telah diterbitkan oleh majalah Dewan Sasatera,
    terbitan DBP.

8. Berminat untuk mengembangkan kebolehan dalam bidang penulisan skrip, iklan dan
    dokumentari.

Pihak yang berminat untuk menggunakan khidmat saya, anda boleh hubungi saya di: Tel: 019-3051587. E-mel: zulkimie@yahoo.com, zulkimie69@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Intro

Semoga sejahtera di sana, sahabatku Dee

KUIH MENANGIS...