Posts

Boleh ajar saya menulis?

Image
DIA MENGHUBUNGI saya kerana di FB itu saya menulis begini... --------------------------- Antara perkara yg sy suka semasa menaiki kpl terbang pd waktu mlm ialah menengok bintang & planet dari cermin tingkap. Hampir 50 negara sy prgi & hasilnya sy telah dpt melihat bentuk planet2 yg ada dlm sistem solar kita ini. Utk pengetahuan anda, pendapat SS tntg bumi ini rata mmg betul. Ya, mmg BUMI INI RATA! Saya ulangi, mmg planet bumi ini berbentuk bulat leper dan rata, seperti LEMPENG.Tolong jgn kecam SS. Nah.. kalau bumi bulat leper seperti lempeng, bgmana pula dgn planet2 lain? Leper juga kah? Jwpnnya, TIDAK! Dari cermin tingkap kpl trbang sy telah melihat dgn jelas, Planet Marikh sbnrnya berbentuk segi tiga, Uranus berbentuk rombus, Zuhal berbentuk  hexagon manakala neptune berbentuk semi circle dan Pluto, rectangle. Paling cantik ialah Planet Mercury yg brbentuk love... sbb itu ia sentiasa panas & mmbara.. sbb dekat sgt dgn matahari yg brbentuk bintang. ...

Semoga sejahtera di sana, sahabatku Dee

Image
Salah sebuah buku yang saya ketuai penerbitannya pada tahun 2015 ialah koleksi terbaik kartun Hello Bos, karya kartunis Zaidi Md. Yusop atau lebih dikenali sebagai Dee. Sebagai ketua Unit Buku di Utusan Karya Sdn. Bhd., saya berpendapat, kartun Hello Bos ini sangat istimewa. Ia telah disiarkan sejak 1991, mempunyai pengikut yang cukup ramai, sudah dianggap sebagai siri kartun lejen dan Dee sendiri adalah kartunis ikon bagi akhbar Utusan Malaysia. Jangan sia-siakannya. Ini aset dan ikon kepada Utusan, kita perlu hargainya. Siri kartun Hello Bos perlu dihimpunkan dalam sebuah buku untuk menjadi koleksi kepada para peminatnya, juga sebagai dokumen sejarah dalam industri media dan dunia kartun negara. Bos-bos semua setuju, dan seingat saya, kerja-kerja penerbitan ini bermula pada awal 2015 dengan sasaran untuk dilancarkan pada Pesta Buku Kuala Lumpur, penghujung April. Tetapi jangan terbitkan buku ini sekadar siap dan tempel-tempelan. Ia mesti ada kelainan. Justeru, saya minta D...

Ingatan terawal... kepada emak

Image
Seingat saya, ingatan saya yang paling awal sejak dilahirkan adalah sewaktu saya sedang menetek dengan emak saya. Saya tidak tahu ketika itu umur saya berapa. Tapi saya ingat, waktu itu malam, saya dan emak baring di atas lantai papan rumah kami, di Felda Kemelah, Segamat, Johor. Saya masih boleh ingat, di bumbung ada lampu minyak tanah. Emak saya cuba untuk bangun, tapi saya tak mahu lepaskan. Masih mahu terus menyusu dan menetek. Akhirnya abang dan kakak saya datang dan menggeletek saya. Mereka geletek pinggang saya. Geletek ketiak saya. Geletek tapak kaki, perut, leher... menyebabkan saya tak tahan dan terus ketawa. Kah kah kah... Apabila saya ketawa, emak saya terus bangun dan lari!! Sekarang usia saya hampir mencecah 50 tahun. Sewaktu balik kampung baru-baru ini, emak saya bercerita, dalam kalangan kami lima beradik, saya lah yang paling susah hendak bercerai susu. Dah besar pun masih hendak menetek lagi. Hmmm... saya rasa cerita emak saya itu memang betul lah. (S...

KUIH MENANGIS...

Image
SUATU petang lebih kurang 15 tahun yang lalu, saya turun ke kantin ofis kami di Taman Shamelin Perkasa. Selepas mengambil kuih, saya pergi ke meja tempat kawan-kawan berkumpul. Tiba-tiba saya tengok mereka semua ketawa. Kemudian seorang daripadanya, yang saya panggil Abang Latip iaitu Ketua Pembaca Pruf, berkata.. "Haa.. kan aku dah cakap. Dia mesti ambik punya." Lepas itu makin kuat mereka ketawa. Sy tanya, kenapa? Lalu Abang Latip pun menjawab, "Aku beritau diorg ni, kau mesti ambil kuih menangis." Kuih menangis? Saya tak faham. "Tu kuih bakar. Tu lah kuih menangis kau... hahaha." Kuih bakar? Ooo.. baru saya faham & saya pun ketawa sama. Lalu saya ceritakan kepada kawan-kawan... saya beli kuih bakar sebab ia sentiasa mengingatkan saya kepada emak di kampung. Sejak saya kecil emak memasak kuih itu untuk dijual. Gunakan dapur kayu & letak sabut dan tempurung di atas bekas acuannya. Siap saja kuih bakar, saya akan minta emak poto...

EMAK SAYA...

Image
(Di bawah ini saya senaraikan kelemahan-kelemahan dan kekurangan emak saya) EMAK saya buta huruf EMAK saya tak tau menulis EMAK saya tak tau membaca EMAK saya tak tau apa itu ekonomi EMAK saya tak tau apa itu astronomi EMAK saya hanya pekerja ladang EMAK saya hanya penoreh getah EMAK saya hanya penjual kuih EMAK saya tidak tau di mana London EMAK saya tidak tau siapa Donald Trump EMAK saya tidak tau bahasa org putih EMAK saya tidak tau berbahasa Arab Emak saya bukan lulusan universiti seperti emak kamu Emak saya bukan pegawai besar kerajaan Enak saya bukan pegawai tinggi swasta sepert emak kamu... Begitu banyak kelemahan emak saya Kerana emak saya tidak pernah bersekolah Ibu bapanya miskin Sangat miskin EMAK saya juga bukan ratu cantik Bukan ratu kebaya Bukan ratu bikini Tetapi bagi saya emak saya adalah wanita yang paling bijak, paling baik, paling cantik & paling sempurna. Tiada ratu yang secantik & sesempurna dia....

VSS

Image
Saya mula bekerja di Utusan pd 2 Februari 1994 & menjadi Pen. Pengarang Mastika mulai pertengahan Julai 1996. Ketika itu gambar2 semua diprint. Sekitar awal tahun 2000 beralih kpd slaid & sekitar 2010 beralih pula kpd kamera digital. Apabila sy mengambil VSS dan meninggalkan Utusan mulai 1 Disember, sy turut membawa pulang ratusan keping gambar yang pernah diambil sepanjang bekerja dgn Mastika. Bukan semua, tp sebahagian sj. Semasa membelek2 gambar ini di rumah, hati terasa sayu mengenangkan begitu panjang pengalaman sy bersama majalah ini. Bagaikan baru semalam sy dipindahkan ke mastika, bagaikan masih terasa lagi penat & mencabarnya membuat tugasan di seluruh negara & bagaikan terasa semula manisnya detik apabila majalah ini berjaya kami naikkan daripada hanya belasan ribu sahaja pd pertengahan 1996 kepada 320,000 naskhah pd awal 2000. Melihat kembali gambar ini bagaikan mmbawa saya kembali kepada saat-saat indah itu. Setiap keping gambar mmbawa ce...

Intro

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… & salam sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog ni, kan? Hahaha… dah lama sebenarnya saya nak buat ni, kawan-kawan pun asyik cakap; ‘Hei Zul… buatlah blog… buatlah blog,’ dan saya pun cakap, `Aku nak tulis apa… aku nak tulis apa?’, `Kau tulis lah cerita hantu, cerita kau jalan-jalan pusing satu dunia, cerita kau kat Mastika, memoir, cerita lawak, cerita sedih, politik, satira, cara-cara menulis… aahhh… kau kan banyak cerita. Tulislah!’ Adoi… saya terus menung. Nak buat blog?             Cerita seram? Cerita pergi Peru, Norway, Fiji, Afrika Selatan, Syria dsb? Memoir? Cerita 22 tahun di Mastika… bla bla bla… banyak tu. Nak mulakan yang mana satu dulu? Garu kepala sekejap.             Sahabat lama saya, Chong Sheau Ching, pun cakap, ‘Hei Zul, you mesti ada blog. Tulislah, mesti ramai follower. Orang nak...